Persedian hiking untuk beginner

Asaamulaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi lawat blog aku ni.

Harini aku nak kongsi dengan korang tentang persedian hiking untuk beginner berdasarkan pengalaman aku. Kalau ada kesilapan tolong ketepikan. Ambil yang murni-murni sahaja.

*entry ni khas untuk yang betul newbie.. Yang dah pro tu abaikan lah😁😁

Pinjam gambar En @thhoorrr

“The expert in anything was once a beginner”

.

Tidaklah aku katakan aku ni expert. Tapi quote di atas tu selalu menjadi pegangan aku untuk cuba sesuatu yang baru. Jadi aku harap korang pun macam tu lah. Janganlah rasa malu atau takut mencuba sesuatu yang baru. Berhenti berfikir patut ke aku pergi hiking. Just try…

Jika kau fikirkan kau boleh.. Kau boleh!!

Let’s straight to the point… Tapi point aku ni ditulis secara rawak dan tidak mengikut urutan. Pandai-pandailah korang susun.

STUDY

Ye betul..study.. Nak study apa? Study tempat yang korang nak hiking tu. Berapa ketinggian dia, berapa jarak, tempat makan sedap berdekatan😂Dan pentingnya tahu laluan perjalan untuk mengelak sesat. Tapi biasanya mesti korang akan follow kawan yang tau jalan kan? Lainlah kepala korang macam aku, main redah je😂😂

@aimanilito

Lokasi

Lokasi penting, sebab tu korang kena study.

Untuk beginner aku tak sarankan naik yang lebih 1500 meter tinggi, melainkan korang fit. Maksud Beginner untuk aku di sini orang yang jarang bersenam. Jenis yang pergi taman peluhnya sikit, bawang yang lebih😂😂 gurau jelah.

Tahu limit anda. Tak salah aku katakan kalau hiking dengan quote “push your limit” memang sangat sebati,bila korang dah hiking korang akan faham. Tapi haruslah berpada. Sebab tu pemilihan Lokasi ni penting.

@nabilamin

Fizikal

Persedian fizikal yang betul-betul cergas bukanlah sesuatu yang mampu dicapai dalam masa yang singkat. Tetapi korang bolehlah cuba jogging sikit-sikit bagi nanti taklah rasa macam jantung nak meletup😅😅

Sehari sebelum hiking aku minta korang berehatlah. Tidur awal, jangan waktu tu jugaklah kau tetiba semangat nak bersenam,Lepastu malam tetiba pulak kau nak masak rendang haaa…. Pastu esok penat tak larat secara tak lansung akan demotivate ahli-ahli yang lain😊

Pemakanan sebelum hiking juga kena jaga. Elakkan makan makanan yang boleh buat tak sedap perut. Makan yang murni-murni je😂😂 kalau Korang tak percaya, try la😬nanti rasalah waktu tu pulaklah perut rasa panas, pedih ulu hati lah, nak muntah lah😂😂tapi kalau dah terjadi takpe. Belajar dari pengalaman.

Pengalaman aku yang teruk, hiking masa aku demam..Walaupun bukit tu aku biasa panjat, akhirnya tewas di altimeter 770. Dapat parut jugak masa haritu😂Dan yang paling penting, tak fair untuk hiking buddy kau.

Oh Lupa pula, sebelum hiking tu jangan lupa makan pulak. Nanti tak larat.

Lagi satu, potonglah kuku kaki korang sebelum hiking, nanti tercucuk-cucuk daging koranglah, kasutlah, patahlah kuku… Haaa.. Kan dah leceh.

Kelengkapan

Kelengkapan ni simple je. Korang kan beginner. Kahakahkah,… Jadi barang pun simple la. Lain lah korang ada modal lebih boleh terus beli barang yang betul-betul untuk hiking.

  • Kasut
  • Beg
  • Head lamp
  • Poncho (baju hujan)

Kasut yang bagus tak semestinya yang mahal. Kalau korang ada kasut mahal yang betul-betul untuk hiking, pakai la. Kalau mahal tapi bukan untuk hiking, simpan jelah takut nanti rosak. Kasut rosak masa hiking ni memang mengecewakan. Kau sendiri akan annoying dengan diri kau. Jadi keluar la modal sikit beli kasi getah atau pun dikenali sebagai Adidas kampung. Rm9.50 je. Cukup baik dah kasut ni. Untuk keselesan pakailah 2 lapis stoking. Aku biasa dalam pakai stoking biasa, dan diluar aku pakai stoking bola sepak.

Beg pulak kalau korang tak camping, just day trip pakai lah beg galas biasa pun boleh. Cukuplah tu. Jangan tak bawak beg,nanti menyusahkan orang lain nak tumpang barang. Tapi ingat, beg galas tau, bukan handbag. Kau nak buat apa handbag dalam hutan. Pakai bag galas biasa je sebagai permulaan. Nanti dah minat dan dah ada modal bolehlah beli yang lebih baik

Beg 15liter yang aku biasa guna untuk daypack (belikat lazada, murah)

.
Headlamp ni kalau ada bawak lah, kalau takda bawa torch light pun okay. Headlamp yang bagus tapi murah untuk aku head lamp energizer. Aku dah pakai lama dah, dan bermacam tempat aku pakai. Pergi mancing, hiking, masuk gua, running, takde electric kat rumah pun aku pakai. Sangat membantu dan boleh dipercayai.

Berbaloi Headlamp ni,lagi tinggi lumen, lagi terang. Tapi lagi tinggi lumen lagi mahal.

Poncho (baju hujan) ni mesti kena bawak. Purata pengalaman aku hiking 8 daripada 10 tempat aku pergi mesti hujan. Padahal sebelum hiking nampak cerah je. Jadi stanby jelah. Kalau kau tak tau rupa poncho, sila rujuk gambar En @thhoorrr diatas.

Bekalan tenaga

Aku sarankan korang bawak air Paling kurang 1liter seorang, seorang tau. Dan max 3liter sebab kalau lebih dari tu berat kau nak bawak. Penting bawak air secukupnya SENDIRI. Sebab kau boleh agak untuk next hiking berapa banyak yang kau perlukan.. Bawak sikit air manis. Biasa aku bawak air ribena. Mmg terbaik untuk menambah tenaga. Aku tak minat bawak 100plus sebab… Korang try&error la mana yang terbaik untuk korang.

En Moslas

.
Makanan biasa aku bawak roti. Tapi itu bergantung kat korang. Kalau mampu, belilah energy gel, energy bar. Aku suka roti je. Bab ni korang try&error. Dulu aku masa newbie aku bawak snickers. Tapi rasa tak ngam pulak,rasa macam buat tekak aku lagi haus. Kalau korang nak bawak ayam goreng pun takde hal. Asalkan tak membebankan korang.

En alepejat, En Amin & @shieka_laiex

.

Okaylah tu, cukup lah tu kot. Kalau kau nak panjat broga hill je, tu dah terlebih cukup 😅😅. Kata beginner kan.

Lupa pulak bab pakaian, senang kata pakai lah sport attire(pakaian sukan) pandai-pandailah korang.

Satu-satunya akak dalam group kami @cik_nakumie

Apa syoknya hiking ni? / apa kau dapat bila hiking ni?

Ada orang kata hiking ni syok sebab dapat tengok view, orang cakap la… bukan aku…ada orang kata hiking ni buang masa je. Mungkin ya, mungkin tidak. Setiap orang ada minat dan cara pemikiran yang berbeza. Jadi kalau kau tak cuba kau takkan tahu.

Kenapa aku hiking?

Kita mulakan dengan perkara yang cliche dulu. Aku suka dengan hutan.. Hahah.. Senang citer pencinta alam semulajadi lah..Bila masuk hutan aku rasa tenang. Dan kalau beruntung dapat lah tengok View yang cantik. Bergantung pada Lokasi.

Percaya tak kalau aku cakap yang hiking ni boleh memberi perubahan pada fizikal dan mental korang? Aku tak tau nak jelaskan macam mana. Tapi bila hiking tak kira macam mana badan kau koyak pun, selagi mental kau tak rabak, selagi tu kau teruskan berjalan untuk samapai ke puncak. Peha kau literally rasa koyak, kepala kau pulak berperang dari dalam untuk teruskan atau putus asa. Dan jujur aku cakap, aku addicted dengan this feels. Pada fizikal pula, bila next time kau datang lagi tempat yang sama, tahap kecergasan kau dah tentu berbeza dengan pertama kali.

Semakin lama, kau akan lebih mengenali diri kau, berapa jauh kau boleh push limit kau. Kalau kau dulu gayat tinggi, tapi makin lama semakin berkurangan gayat kau.

Dari segi rakan dan kenalan kau pasti akan bertambah, aku yakin majority hiker-hiker ni hati murni, tak sombong. Jadi agak mudah untuk menambah kenalan.

@amranhamdan9

.
Senang cerita, kau cuba dulu.

Barang-barang hiking selalunya aku akan survey kat lazada atau shoppe. Tapi benda yang biasa-biasa macam poncho dan kasut getah (adidas kampung) aku beli dekat EXPLORER OUTFITTER. Staff kat sana sangat membantu.

Kalau korang ada apa-apa idea atau pertanyaan emaillah aku kat pancadelima88@gmail.com

K lah nak sambung mancing..

Assalamualaikum

Pancadelima88

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s