Sihir, Khurafat dan Jade Bahagian 2

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca penulisan ini. Aku tak nak panjangkan intro aku sebab banyak lagi nak tulis tentang tajuk ni, jadi aku terus je sambung cerita ni.

Sebelum tu. Sedikit penjelasan tentang Jade dan Liam. Jade seorang wanita Asia, warganegara Malaysia, berdarah kacukan British dan bukan beragama Islam. Liam pula lelaki Asian, bukan warganegara, kerja di Malaysia menggunakan Visa Expatriate. Walaupun dia menggunakan Visa Expatriate, tapi pendapatan Liam tak sampai separuh pun untuk level Expatriate. Dia kata ada kesilapan masa dia buat visa haritu, pi lantak lah. Tak penting, dan dia juga bukan Islam.

Okay aku sambung balik part yang Jade selepas dibuang kerja.

Walaupun dia dah dibuang kerja, Jade still chill jer, still cool,still perasaan cantik. Cuma bezanya dia ada habit baru, Jade suka lepak-lepak kat public tapi tempat ada class sikit la. Jade suka bila ada mata yang memerhati dia. Dia rasa orang usha dia sebab dia hot. Entahlah Jade,umur kau sama dengan tiga aku. Pandai-pandailah kau fikir.

Perjumpaan Kedua

Semasa perjumpaan pertama, Jade cuma memasukkan susuk. Kali ini pula tujuannya adalah untuk membomohkan Liam. Barang-barang yang diminta oleh ustazah pun Jade dah sediakan, seperti gambar Liam, seluar dalam(yang tak basuh lagi bagus), tarikh lahir dan nama penuh. Yang itu sahaja yang aku tahu seperti mana yang diceritakan pada aku. Oh ya, mestilah ada bayaran juga kan? Aku tak tahu berapa amount dia. Ustazah tu kata untuk beri anak yatim atau budak tahfiz. Sejauh mana kebenarannya, itu aku tak pasti.

Setelah selesai urusan dengan ustazah tu, ustazah tu cakap dia akan tanam barang-barang ni di kubur dan lepas ni Liam akan gilakan kau serta dia juga tak boleh tegak bila nak bersama perempuan lain. Jade pun happy lah bila dengar macam.

Hari-hari berikutnya, berlaku perubahan pada Liam. Dia bertambah mesra dengan Jade. Aku tak pasti sama ada kebetulan atau sebaliknya. Adakah permainan syirik Jade membuahkan hasil? Atau memang niat hati Liam nak jadi lebih baik? Ataupun Liam berlakon sahaja sebab nak kaut lagi duit Jade memandangkan Visa dia hampir expired dan dah taknak kerja di Malaysia?

Perubahan positif Liam tak lama, tak sampai sebulan Jade dah mula mengeluh mengadu nasib itu dan ini pada bbf baru dia. Korang nak tahu siapa? Owner saloon tu lah. Owner saloon tu Sibuklah cakap “takpe nanti kita jumpa ustazah balik, kita buat Liam jadi gila”. Sampai macam tu sekali kau.

Seminggu selepas itu owner saloon set kan appointment dengan satu ustaz di Sabah. Katanya ustaz ni power lagi. Jade pun terbanglah ke Kundasang kot, aku tak ingat.

Sampai je Sabah, Jade cari Hotel lepas itu pergi makanmakan, keesokan harinya barulah jumpa ustaz. Seperti biasa, ustaz tu mesti la a kan buat ramalan tentang masalah Jade tentang laki dia yang nak lari dan laki dia bukan orang sini lah, dan lain-lain.

Lupa pula bagitau yang Jade ada bawa barang-barang yang diminta oleh ustaz. Barangnya sama juga, gambar,seluar dalam dan lain-lain. Aku tak tahu ustaz tu nak buat apa dan bagaimana upacara dilakukan. Yang aku tau barang-barang tu akan dicampak dalam laut, dia kata “kalau tanam orang boleh gali, kalau campak dalam laut macam mana nak cari?he..he…he…”

Jade rasa gembira sangat bila dengar ustaz cakap macam tu. Lepas tu Jade minta ajar buat nasi kangkang lah dan lain-lain.

Bila balik sini korang tekalah apa jadi.Liam dah lari dah balik negara dia. Hahaha

Campak dalam laut sangat πŸ˜’πŸ˜’

Akhirnya Jade yang jadi gila, bukanlah betul-betul gila. Cuma dia jadi tak tentu arah. Hari-hari asyik pikir Liam, tambah masalah kewangan lagi sebab tak dapat lagi kerja, bercampur lagi nak bayar yuran anak sekolah. Sekolah bukan biasa-biasa, nak International school je. Nak bayar college fee anak lagi kat Australia. Dia makin pening, sampailah suatu hari dia sedang drive Merc A250 miliknya di LDP, tiba-tiba perasaan nak bunuh diri tu kuat sangat. Dia pun tekan mintak kuat sikit, kemudian dia pejam mata sambil lepaskan pedal beserta steering dan berharap ada orang langgar dia…. Lepas tu…..

Lepas tu aku nak sambung kerja, nanti aku tulis sambungan dia serta penerangan kena perlu tanam, campak dalam laut. Kenapa kena bawa barang-barang sendiri, Kenapa bomoh atau ustazah tak sediakan je lepas tu masuk dalam bil. Kan senang lagi kan?.

Oh ya.. Owner saloon pun………… Jumpa next post πŸ˜‰πŸ˜‰

Nanti aku akan share something yang mungkin dari sudut yang berbeza, sudut yang mungkin korang tak pernah dengar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s