Sihir, Khurafat dan Jade bahagian 1

Hahahaha… Aku tengah rajinkan diri aku untuk menulis niπŸ˜‚ Eh Korang pun gelak la sikit.. Hahahahaha… πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ okay okay. Tak funny, aku tahu… Bagi aku peluang start sekali lagi…

Assalamualaikum kepada yang sudi baca penulisan penulisan aku ini. Terima kasih banyak walaupun aku tahu tak banyak isi dalam ni. Harini aku nak share tentang sesuatu yang lain dari apa yang biasa aku tulis.

Korang pernah alami sesuatu yang mistik dan misteri tak? Eh.. Misteri dengan mistik tu tak sama ke? πŸ˜…πŸ˜…aku rasa lain kot. Mistik tu ada unsur seram sikit, contohnya seperti bagaimana mak aku tau aku ponteng sekolah πŸ˜‚dan misteri pulak sesuatu yang melibatkan teori dan konspirasi contohnya kemana hilangnya kunci rumah akak-akak semua? Tinggal kat rumah kah? Tercicir kah? padahal korang duduk atas kunci tu, pastu kecoh pulak apahalπŸ˜‚πŸ˜‚

Dakdakdak…gurau je,

Sambung balik, mistik dan misteri selalunya berkait rapat. Tetapi misteri tak semestinya berkait dengan mistik. Mistik sudah tentunya berkait dengan alam ghaib dan misteri lebih pada persoalan macam orang terpelajar sebut, “teori dan konspirasi” Jadi pandai-pandai la korang relate kan dengan ayat di atas.

Cukup mengarut, sekarang nak membawang pulak. Tapi ni bukan bawang biasa-biasa. Ini bawang goreng rangup punya, letak atas meehoon sup, tambah sambal kicap banyak-banyak.. Perrghh… Pedas tapi sedap.. Ok lapar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Aku ada kenalan perempuan yang berada di awal dua per tiga usia, senang cerita 60+ la. Mari kita namakan dia Jade. Aku juga ada lagi seorang kenalan lelaki yang berada di hujung se per tiga usia(30+),mari kita namakan dia Liam. Jade seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai jawatan yang tinggi dalam satu syarikat yang besar. Manakala Liam pulak bekerja biasa-biasa je. Jade ni pulak berkenan dengan Liam ni, dan sebagai perempuan yang umur 60 lebih kau rasa Liam ni nak ke dengan Jade ni? Liam ni boleh dikatakan ada rupa. Kalau kau jadi Liam ni kau nak ke? Kalau aku, memang tak laπŸ˜‚πŸ˜‚ Jade ni pun tak la bodoh sangat, dia pun gunalah senjata terbaik yang dia ada, iaitu…… Hahahaha… Takkan la body dia kot,duit dia la..

Ye.. Liam tu jadi anak ikan Jade. RM2000 sebagai elaun dan RM2000 untuk rumah, sebiji motosikal, sebiji kereta. Itu tak termasuk kalau keluar makan, pergi shopping, pergi melancong, semuanya ditanggung oleh Jade. Yang Liam ni pun layankan jela Jade ni sebab dibayar. Selepas beberapa lama, kononnya jadi couple la dorang ni. Tapi lepas hampir satu tahun Jade ni jadi sayang dekat Liam dan rasa macam tergugat, sebab Liam ni ada anak walaupun dia belum kahwin (Liam bukan islam dan bukan warganegara). Teori dalam kepala Jade mengatakan yang Liam ni selalu bagi alasan nak jumpa anak dia sebab nak jumpa ex girlfriend dia. Dan konspirasinya Jade merasakan Liam curang. Jadi berlaku keretakan dalam hubungan mereka berdua.

Sebagai perempuan yang takut laki dia lari, Jade ni pun pergi mencantikkan diri, salah satunya mestilah buat rambut kan? Jade pergilah ke sebuah saloon yang di recommend kan oleh kawannya. Tiba giliran Jade nak buat rambut dia pun duduk la kat kerusi yang buat rambut tu la. Pandai-pandai la korang imagine. Jade pun bersembang-sembang dengan orang yang buat rambut tu A.k.A owner kedai tu. Bila perbualan dorang semakin rancak, secara tiba-tiba owner kedai tu cakap “Kau ni semua ada, duit ada, kerja bagus. satu je kau takde. Kau takde kasih sayang.” tergamam Jade selepas dengar apa yang owner kedai tu cakap. Jade hanya mampu mengangguk sahaja. Owner kedai tu sambung lagi “Kau ada laki kan? Muda dari kau kan? Bukan orang sini kan?” kali Jade mengiyakan apa yang owner kedai tu cakap, kemudian Jade bertanya “macam mana u boleh tau?” owner kedai tu cakap, “aku tau la, aku boleh baca, aku pegang je leher kau aku dah boleh tengok semua”.

Hahaha.. Keadaan macam tak mengizinkan je. Aku tido dulu, nyorok bawah selimut jap. Esok sambung lagi. πŸ‘»

Okehh, sambung…

Owner kedai tu pun cakap dengan Jade, “body kau Okey lagi untuk umur kau, tapi boleh diperbaiki. Muka kau ni haa… Jatuh dah pipi, Seri pun dah hilang”. Sembang punya sembang, owner kedai cakap dia ada cara nak bagi Jade cantik. Dorang pun set masa untuk jumpa seorang ustazah. (aku tulis ustazah sebab dorang panggil macam tu, di pengakhiran penulisan ni aku akan terangkan tentang ini)

Perjumpaan pertama

Pertama kali Jade jumpa ustazah,aku tak tau sangat macam mana upacara nya. Yang aku tau ustazah tu mula cakap benda sama macam owner kedai tu cakap yang pasal kau semua ada tapi blablablabla… Tapi ada tambahan, yelah dia kan ustazah power la lagi. Ustazah tu cakap “Kau suka dua lelaki kan? Satu tu lelaki Melayu tapi suami orang? Satu lagi tu bukan orang sini kan? Dua-dua muda dari kau? Sekarang kau nak buat yang mana? Kalau buat yang lelaki Melayu ni tak guna, sebab dah jadi laki orang. Yang seorang lagi ni nak duit kau je. Tiba-tiba si Jade ni menangis sambil tanya kat Ustazah “betul ke ibu(ustazah) dia tak sayang saya, betul ke ke dia nak duit je?”. Kalau aku jadi ustazah tu aku tanya balik, kau rasa?πŸ˜‚

“selama ni saya banyak habis untuk dia ibu(ustazah) makan, minum, duit, semuanya. Rupanya sebab duit je” Jade mengadu nasib sambil menangis kat ustazah.

Jade ni tak tahulah dia ni bangang ke apa. Dah dia yang awal-awal offer duit, dia yang approach Liam dan dia yang offer kat Liam jadi anak ikan. Lepas tu meroyan pulak, apahal la perempuan ni bangang sangat. Dia ingat dia hot nak matiπŸ˜‚πŸ˜‚ Dia tak sedar dia tua ke? umur Jade boleh cipta dua Liam. I know some of guys suka milf, tapi ni level cougar hanat.

“Takpe,kita mandi bunga dulu lepastu kita masukkan diamond ni. Yang laki kau tu nanti Ibu bagi jalan” ustazah tu cakap dekat Jade.

Seperti yang korang fikirkan, Ustazah tu pakaikan susuk diamond dekat Jade. Aku tak ingat berapa banyak yang dia letak. Yang aku tau dia ada letak di bawah, di dada dan muka. Jangan tanya aku kenapa letak pada bahagian-bahagian ni. Aku pun tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Selepas selesai, Jade buat bayaran dan set appointment pada bulan depan, untuk buat Liam tergilakan Jade.

Selepas Memakai Susuk

Keesokan Jade jadi happy lain macam, dia perasan dia dah cantik. Perasan cantik. Aku tengok sama je. Selepas beberapa hari dia sibuk cerita yang dia ni happy, cakap Liam sekarang dah lebih care lagi, dah pegang tangan dia kat public. Tapi semua tu tak lama. Jade mula jadi tidak tenang, Jade kata ni mesti ada udang di sebalik batu ni. Aku tak tahulah, memang ada udang di sebalik batu ataupun otak Jade dah jadi batu.

Keadaan bertambah buruk lagi bila Jade dibuang kerja dari company yang dah hampir 10 tahun dia kerja. Macam drama pulak kan? Tapi drama kan asalnya dari kehidupan dan di adaptasi ke bentuk drama. Tiada kehidupan, tiada drama.

Tapi kan Jade dah kerja hampir 10 tahun, takkan senang-senang kena buang?

Ye,betul. Ada penjelasan yang logiknya kenapa Jade kena buang. Bermula dari pertukaran CEO hingga ke blablablabla. Too complicated dan tak penting. Tapi itu dari penjelasan logiknya kenapa dia dibuang. Tetapi cuba kita lihat dari sudut yang berbeza,dari sudut mata hati, mungkin korang ada jawapan yang berbeza.

Bersambung….

Kisah ni panjang lagi, dan ada benda penting aku nak selitkan di bahagian terakhir nanti. Apa terjadi dekat Jade, apa jadi kat Liam,Aku harap korang follow sampai bahagian terakhir.

Btw semua penulisan aku berdasarkan real life experience, cuma bezanya samada pengalaman aku atau pengalaman orang sekeliling aku.

Jika umur panjang kita jumpa lagi.

Assalamualaikum dari pancadelima88

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s