Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin setulus dan seikhlas hati dari penulis…

Assalamualaikum dan Salam Syawal pada yang membaca entry ni. Macam mana raya korang tahun ni? Meriah? Berapa pasang baju raya korang beli? Berapa banyak duit raya berjaya dikumpulkan? Berapa banyak sampul hijau yang korang kena keluarkan? Dan yang terakhir, berapa kilogram yang bertambah? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kah kah kah kah…..

Raya aku, Alhamdulillah sederhana tapi InsyaAllah lengkap dan sempurna. Baju raya aku? Sepasang baju Melayu sahaja,cukuplah tu untuk aku. Sekarang aku dah pandai berjimat dah sejak beberapa tahun yang lalu. Waktu tu kering habis, kemudian teringat masa aku kecil. Happy je shopping baju raya. Dari Baju Melayu hingga ke kasut berlampu kelip-kelip πŸ˜‚πŸ˜‚style kot.. Budak-budak sekarang baru nak pakai. Noob… Aku dah pakai lama dahπŸ˜‚πŸ˜‚ Budak-budak sekarang memang noob, tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita sekarang ni yang aku nak beli baju raya untuk sendiri pun sesak, tapi mak ayah aku nampak chill je belikan aku kasut lampu kelip-kelip. Sedangkan kami ini bukanlah berkemampuan,tapi mereka tetap cuba lengkap aku dan adik-adik aku secukupnya dan mestilah nak kitorang happy. Dan ya, aku memang happy, lagi-lagi dapat kasut lampu kelip-kelip kan? Hahaha.. Happy sangat.Aku happy dan naif. Kenapa happy mestilah korang tahu sebab apa kan… Tapi naif? Aku naif sebab aku tak tahu bertapa banyak tenaga yang mak ayah aku kerahkan. Yang aku tahu. Kalau raya mesti pergi shopping. Beli baju baru,seluar baru, kasut baru. Okay next.

Duit Raya

Alhamdulillah, aku still dapat duit raya, dan aku pun kena beri duit raya juga. Dan aku pun tak kira berapa. Tak sempat kira dah habisπŸ˜‚πŸ˜‚ Dan aku memberi takat yang termampu sahaja sebagai sedekah. Korang pun tahu duit raya ni bukanlah kewajipan. Dan budaya memberi duit raya ni adalah culture dari kaum yang lain. Ye betul kita boleh anggap perkara ni sebagai sedekah. Tapi aku menjadi risau apabila terlihat satu iklan. Ramai orang anggap iklan tu kelakar, tidak bagi aku. Aku rasa korang tau iklan apa. Iklan yang cucu pak Arab beratur nak ambil duit raya.si atuk nya pula kasi duit raya melalui cheque, online transfer,pakai mesin terminal dan lain-lain selepas bersalaman. Untuk aku iklan ni tak pernah funny, iklan macam ni yang akan hapuskan makna sebenar raya dan menggantikan tanpa sedar makna hari raya hanyalah untuk bersalaman untuk kumpul duit, bukan untuk bermaafan dan menjernihkan air yang keruh.

Untuk aku tema hari raya kat Malaysia ni memang menarik sebab menggalakkan kita menziarahi dan bermaafan. Jadi gunakan la peluang ni untuk bermaaf-maafan dengan sesama kita.

Ehh raya je ke baru minta maaf? Hari lain tak boleh ke?

Mestilah hari lain pun takde masalah kalau nak minta maaf. Cuma mungkin hari raya tak la rasa janggal sangat kot nak minta maaf. Tahun ni banyak jugak aku minta maaf dekat kawan-kawan lama aku. Maklumlah aku ni dulu perangai macam hanat sikit. Biasalah dulu darah panasπŸ˜‚

tak perlu diungkit seribu kesilapan, tetapi keampunan kupohonkan dengan berjuta sesalan.

Okay lah. Cukuplah sampai sini.. Aku nak tulis benda lain ni.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin from the bottom of my heart

Lanje sikit gambar raya

Lagi satu, kalau nak jemput makan rendang dan lemang email jela aku kat pancadelima88@gmail.com πŸ˜‰πŸ˜‰

Advertisements

One thought on “Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin setulus dan seikhlas hati dari penulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s