Mengundi, kempen, pilihanraya

Assalamualaikum…

Haaaaa… Senyum la sikit….

Kalini entry aku lain sikit dari yang aku biasa buat. Dan aku cuma kongsikan balik dekat korang apa yang disampaikan pada aku.

Memandangkan pilihanraya semakin hampir terfikir jugak nak tulis pasal sesuatu yang berkait dengan pilihanraya. Tapi korang jangan tanya aku undi apa. Undi itu rahsia. Dan jangan tanya tentang fahaman politik aku, itu sulit. Yelah setiap orang ada pandangan yang berbeza tentang politik. Betul kata abang Joe knowledge definitely changes how you see things. Walaupun berlainan pendapat aku sentiasa berharap kita semua boleh mengekalkan perpaduan satu sama lain.

Penting ke mengundi ni?

Korang rasa? Pernah dengar tak ayat “we are the product from our environment”. Jadi biasanya good environment ataupun persekitaran yang baik akan menghasilkan generasi yang lebih baik. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan kita semua berada dalam persekitaran yang baik? Salah satunya kerajaan yang memerintah lah yang bertanggungjawab jawab untuk membina Malaysia untuk menjadikan persekitaran yang baik. Jadi pentingnya untuk memilih pemerintah yang korang rasa sangat layak untuk memimpin Malaysia.

Okay lah, korang terus baca jelah apa yang aku kongsikan ni. Dan ini bukanlah penulisan aku. Aku jauh tidak layak untuk tulis macam ni. Jadi ini cuma perkongsian apa yang disampaikan pada aku dan aku kongsikan dengan korang.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang telah membawa keamanan dan perpaduan. Rasulullah SAW menjadikan keimanan kepada ajaran Islam sebagai asas kepada pembentukan perpaduan yang disemai sejak permulaan dakwah baginda di Makkah al-Mukarramah sehinggalah terbentuknya sebuah negara Islam di Madinah al-Munawwarah. Malah seruan pertama ketika baginda sampai ke Madinah sebagai pemimpin penyelamat manusia ialah tentang perpaduan sesama warga Madinah itu sendiri. Sebuah hadis diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam Radiallahu
Anhu bahawa seruan pertama yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW ketika tibanya baginda di Kota Madinah, sabdanya:

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, memberi makan, hubungkanlah silaturrahim, solatlah di malam hari ketika orang sedang tidur, nescaya kalian
akan masuk syurga dengan sejahtera”.
(Riwayat al-Hakim).

.

Hadis ini jelas menyebut bahawa kaedah pembentukan perpaduan
adalah berdasarkan empat perkara yang sangat memberi kesan kepada ukhwah perpaduan ummah iaitu ucapan salam, menyediakan makanan,menghubung silaturrahim dan solat malam.

Apa yang diharapkan adalah semua pihak perlu menjaga adab semasa
berkempen dalam pilihanraya ketika menyampaikan hujah dan bersuara
dengan tidak mengandungi fitnah dan tohmahan. Fitnah bukan sahaja
mengelirukan banyak pihak tetapi ia juga akan membangkitkan semangat
permusuhan yang boleh menimbulkan dendam kesumat. Sifat inilah akan menyebabkan berlakunya permusuhan yang berpanjangan.
Kegagalan kita dalam menjaga adab hanya akan meretakkan
perpaduan yang kita bina selama ini. Sedangkan Islam menyuruh kita
mencari titik pertemuan, bukan menanam bibit-bibit permusuhan.

Negara kita adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Dalam tempoh lima tahun sekali, satu pilihanraya umum mesti diadakan untuk memilih wakil-wakil rakyat bagi membentuk kerajaan baru. Semua rakyat diberi hak dan kebebasan untuk memilih dan menentukan wakil rakyat yang terbaik untuk menduduki dewan parlimen atau dewan undangan negeri.

Kini, suasana pilihanraya dan berkempen telah kembali tiba.Apa salahnya kita mengingatkan bahawa
dalam suasana kempen pilihanraya sekarang ini, antara perkara yang mesti dijaga ialah perpaduan dan ukhuwah antara kita.

Perpaduan adalah antara nikmat yang mesti kita syukuri. Perpaduan hanya wujud jika kita menghargai
sesebuah keamanan.Apa yang diharapkan juga adalah semua pihak hendaklah menyampaikan berita yang benar dan bertanggungjawab bagi setiap fakta yang disampaikan. Manakala bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya hendaklah sentiasa tabayyun atau memastikan kebenarannya sebelum
menerima dan menyebarkannya. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya),sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Kita perlu sedar

Keghairahan berkempen kadangkala akan melonggarkan perpaduan di kalangan kita. Perkara ini berlaku adalah kerana kelalaian kita yang terlalu asyik berkempen hingga terpesong ke dalam kancah kutuk mengutuk, hina menghina, aib mengaib dan lebih dahsyat lagi fitnah memfitnah. Sedangkan semua ini dilarang oleh Allah SWT sebagaimana ditegaskan-Nya melalui firman-Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

Kesimpulannya

Beberapa perkara yang amat penting untuk diambil pengajaran sebagai
pedoman kepada kita semua. Antaranya adalah:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa semua tindakannya dan
amalan di dunia akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.
2. Umat Islam wajib menjaga adab-adab dalam setiap perkataan
dan tindakan untuk memastikan perpaduan terpelihara.
3. Umat Islam wajib menjauhkan diri daripada fitnah memfitnah, hina
menghina dan ucapan yang boleh menjejaskan akidah, syariat dan akhlak-
akhlak Islam.
4. Pilihanraya yang datang bermusim ini wajar dijadikan wadah
dakwah bagi menyebarkan Islam sebagai agama yang damai, aman dan sejahtera

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
(al-Maidah : 8)

Aku harap apa yang aku kongsikan ni dapatlah kita sama-sama jadikan panduan dan kongsikan sesama kita. Lagi sekali aku bagitau korang ini bukan aku punya penulisan. Aku jauh tidak layak untuk tulis sesuatu macam ni. Ni khutbah Jumaat untuk negeri Selangor pada 27th April 2018 haritu.

Okay semua… selamat mengundi.. Assalamualaikum.

Pancadelima88

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s